At last, berakhir lah sem 3 di UKM. Don't know either happy ending or bad ending. Just forget about that, life must be go on . Chill yaw :D
Banyak yang menarik dalam sem ni, tak kurang juga banyak yang menyesakkan fikiran. Bermakna juga, dah 6 bulan aku bawak kereta. Setiap kali pergi kelas, dan keluar mana-mana guna kereta. But one fine day, terpaksa guna bas atas sebab yang tak dapat dielakkan, sejam dalam bas. Tunggu bas sampai, tunggu turn nak naik bas bila penuh kena back-off tunggu next bas, bila petang dalam pukul 5 jalan jam, turun kat bustop kena jalan, kena berdepan dengan monyet yang ganas, baru selamat sampai bilik. Such a long journey. Aku fikir, banyak gle masa terbuang begitu sahaja. Memang terus tidur tak sedarkan diri * kepenatan . Hoho :O
Sebab bila naik kereta, schedule kita dah berbeza. Masa dapat dijimatkan dan tidak letih seperti menunggu bas. Bermakna, kelas pukul 8 pagi kita boleh gerak pukul 7.45 pagi. Kelas habis je, start enjin terus pecut balik kolej. Tak perlu tunggu lama kat bustop depan Fakulti.
Dalam 6 bulan ni juga, selamat tak pernah kena saman. Bangga jee . HAHA .
Kenapa bangga? Tahu-tahu je lah kat UKM ni tempat parking susah, kurang dan sempit. Kalau sekali kena saman, kat RM50 . Banyak tuu. Biasa pergi kelas, parking kat atas Amin. Sesak tempat biasa penuh menjelang pukul 12 tengahari. Kelas pula banyak pukul 2 petang. Faham-faham je lahh .
Aku pun parking kat tepi jalan turun bukit Amin. Kat situ cam tak berapa selamat lahh untuk parking lama-lama. Tapi kalau dah terdesak, terpaksa parking juga. Aku suka-suka hati alihkan KON untuk bolehkan aku parking kat tepi jalan tu. Then, aku akan letak semula KON tu kat depan dan belakang kereta, supaya orang lain tak dapat parking dekat dengan kereta aku. Nanti senang nak keluar. *Kejamm :P
Tapi itulah kehidupan di U. Kita kena kreatif dan bijak berfikir untuk hidup berdikari.
Don't you?
No comments:
Post a Comment