Kenapa kita menghukum orang lain? Kalau bukan dengan kata-kata akan dilakukan dengan perbuatan. Hukuman apa?
Hukuman yang tidak jelas, hukuman yang dilakukan berasaskan nafsu amarah, melulu membuta tuli. HENTIKAN .
Mengapa perlu hentikan?
Manusia tidak sempurna, kita saling melengkapi antara satu sama lain.
Aku berkawan dengan semua orang. Aku tak suka mengadili dan menghukum orang lain. Selama aku hidup, aku kenal dengan ramai orang.
Yang berhati mulia, yang cantik jelita, yang kekurangan anugerah fizikal, yang berhati busuk, yang biasa-biasa, yang ada dunianya sendiri, tak kurang juga yang hidup dalam dunia gelap gelita.
Aku tidak menghukum mereka . Aku senyum, bersangka baik dan mengambil berat pada mereka semua.
Aku hairan, aku keliru, aku tak pasti dengan masyarakat sekarang. Kenapa bila seseorang membuat salah, tersesat ke jalan yang salah dari pegangan hidup, kita menghentam, mengecam, menghina, mengherdik semahu-mahu hati.
Adakah dengan itu caranya? Bimbinglah mereka ke jalan kebenaran.
Aku pun seorang hamba yang hina, melakukan banyak kesilapan selama ini. Dulu aku tak dengar kata mak ayah, selalu buat mak ayah aku nangis . Itu aku yang dahulu. Aku on-off pakai tudung. Aku sedar tu semua salah, aku sedar.
Aku sering berdoa supaya Allah kuatkan iman aku untuk berubah ke arah kebaikan. Mak ayah aku tak pernah paksa aku untuk berubah. Mak aku kata biar kita ikhlas berubah kerana Allah Taala, bukan kerana mak yang paksa. Percayalah, apabila kita semakin matang, kita akan tahu dan memahami erti kehidupan ini. Kita siapa? Untuk apa kita di dunia ini? Untuk beribadat kepada Allah Taala.
Berilah ruang, masa dan dorongan untuk seseorang itu berubah ke arah kebaikan, dengan bimbingan dan kata-kata nasihat. Bukan dengan cacian, herdikan, makian dan sebagainya.
Kita bukan Tuhan untuk menghukum seseorang itu. Allahuakbar , Allah maha besar .
No comments:
Post a Comment