Thursday, 2 February 2012

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, ya Allah :'(

Apa yang aku dah lakukan selama ini? Kenapa aku zalim dengan diri aku sendiri? Kenapa aku malukan ayah, dan yang paling utama ibu aku yang dah mengandungkan, melahirkan aku? Kenapa aku terus-terusan menconteng arang kat muka kedua ibu bapa aku selama ini? 
Aku terasa kosong, aku tercari-cari sesuatu selama ni tapi tak pernah jumpa :'(
Aku menangis semalaman. Kat mana silap aku ya Allah? :'(
Ayah aku beri didikan agama yang sangat baik pada aku, masa kecil aku berlumba-lumba mengaji, jaga solat aku, tutup aurat. Tapi sekarang?
Ya Allah, aku yang terus-terusan menzalimi diri aku . 
Aku amat takut pada-Mu ya Allah, air mata tak henti-henti mengalir :'(
Aku ingin berubah, aku tak mahu sakiti hati ibu aku lagi . 
Ya Allah, terima lah taubat ku ya Allah :(
Peliharalah aku dalam hidayah-Mu ya Allah .

No comments:

Post a Comment