Monday, 23 April 2012

Harapan

Ada ketika kita akan rasa, betapa kita sangat berusaha untuk sesuatu itu. Tapi pada akhirnya, kita akan sedar kejayaan itu bukan milik kita lagi, terlalu jauh untuk digapai. Kita akan ingat semula apa usaha yang telah kita lakukan selama ini. Bila kita ingati semula, semestinya kita akan rasa yang usaha kita memang tidak mencukupi, tapi untuk mengulangi sebaik yang telah dilakukan selama ini, kita akan katakan, yang ini lah usaha terbaik & takat kemampuan kita. Bagi diri aku, tidak mengapa kita letakkan impian kita jauh lebih tinggi berbanding kemampuan kita. Biar kita sedar bukan mudah untuk menggapai sesuatu kejayaaan. Malahan, dalam hidup ini, memang terlalu banyak kekecewaan, hinggakan jika kecewa lagi sekalipun, tidak berbekas dalam hati ini. Setiap hari akan lahir semangat baru untuk hari yang mendatang . 


Selamat malam,
HARAPAN .

No comments:

Post a Comment