Sunday, 29 July 2012

Suatu fasa kehidupan, kita akan berlari gembira dengan dunia yang kita cipta sendiri, terasa indah bersama orang-orang yang menyayangi kita. Kita akan terus tertawa riang mengejar kebahagiaan hidup.
Namun, ada ketika bila kita tersentak, kita akan berhenti berlari, kita akan fikir semula, ini ke sebenarnya kebahagiaan yang hakiki? Kebahagiaan yang kita ciptakan dalam dunia fasa kehidupan yang baru.
Dan akhirnya kita akan sedar, fasa kehidupan awal adalah sebahagian dari keseluruhan kehidupan :( Kenapa mesti lari, dan terus berlari sedangkan kehidupan ni hanya sekali sahaja :(
Hargailah kehidupan yang baik-baik, dan terus berlari mengejar indah pelangi kehidupan, melenyapkan kehidupan lama, yang pahit :'( Terus kuat, hingga berjaya menjulang dunia :')



No comments:

Post a Comment