Tuesday, 7 August 2012

Hari ni merupakan hari yang sayu. Kawan rapat kehilangan ibunya di dunia buat selama-selamanya. Perkara paling hiba dalam dunia, bila ibu dan ayah pergi buat selama-lamanya lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan, Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi. Semuanya ketentuan Ilahi, sebagai hamba-Nya kita wajib percaya terhadap Qada' dan Qadar. Namun, bukan mudah untuk menghadapinya. Selama ini, ibulah jua tempat kita bergantung harapan, tempat kasih sayang kita, pergi buat selama-lamanya meninggalkan kita yang masih meneruskan perjalanan di dunia ini. 
 Ain, sungguhpun ibumu telah menyahut seruan Ilahi, sebagai seorang anak, kita perlu redha dan mendoakan pemergiannya. Semoga ain dan keluarga tabah menghadapi dugaan dan ujian Ilahi ini. Cekalkan hati mendepani hari-hari yang mendatang. Ibu sudah tiada lagi, namun ayah masih tetap berada di sisi ain, memberi semangat pada ain, begitu juga dengan adik-beradik yang lain. Insan yang telah pergi, tidak mungkin kembali lagi. Hargailah insan yang masih bersama-sama ain lagi untuk meneruskan perjalanan hidup di dunia ini. Usah gentar mendepani dunia dan ujian Ilahi, kerana Allah Taala sememangnya telah menjanjikan pada manusia, bahawa semua benda yang hidup di muka bumi ini, pasti merasa kematian. 
Semoga ain terus kuat hati dan fikiran. Dya dan kawan-kawan yang lain, mendoakan agar semuanya berjalan lancar dan hidup ain sekeluarga dipermudahkan.
Amin Ya Rabbal Alamin .


No comments:

Post a Comment