Air sangat lah penting, lebih-lebih lagi masa tengah minggu Exam. maksudnya minggu yang genting setiap hujung sem. Time-time camni lah kemudahan air sangat penting. Paling penting untuk mandi, barulah badan segar untuk study semula. Tapi kat UKM tersayang ni, bekalan air selalu je buat hal masa-masa genting ni. Maka, ramai lah yang update status FB tentang air.
Aku pun salah sorang mangsa ketiadaan bekalan air ni. Blok 10 bukan setakat air paip tak ada, air pili bomba pun dah tak ada. Ini serius, dah lah aku sakit perut dari pagi tadi.
Serius, malas sangat nak buat apa-apa sebab tak ada air. Study group pun terpaksa cancel, sbb tak mandi lagi. Jadi, badan tak selesa nak study.
Aku terpaksa gagahkan diri jgk utk mencari air. Membe tadi ada datang bilik dia bagitahu blok 15 ada air. Blok 15 tu dulu blok masa aku tahun pertama, tapi blok tu tutup sebab tengah dalam proses penambahbaikan. Tapi, felo ada lah duduk kat situ. Aku pun dengan seluar tido nak keluar ni. Tapi fikir-fikir semula, lebih baik aku pakai seluar jeans. Bawak lah pekakas mandi dan tuala.
Muka memang serabut, rambut jangan cerita langsung tak terurus sebab baru bangun tido. Tu okay lagi. Sampai-sampai kat depan blok, pandang lama sikit, mana kete aku ni? Sbb biasa memang parking depan blok pun. Fikir jap. Ohh, lupa semalam parking penuh, jadi parking kat belakang cafe.
Ini serius, orang ramai lalu lalang, aku dengan tuala, muka jangan cerita horror. Ahh, redah je.
Haa, lega dah masuk dalam kete, dah tak ada lah orang-orang nak pandang pelik je kann. Terus parking kete tepat-tepat depan blok 15. Terasa bagai dunia ini aku yang punya, hahaha. Gelak kejam. I'm coming, :D
Bahagianya hidup dapat mandi dengan aman dan damai tanpa gangguan orang ramai.
Harap-harap bekalan air pulih seperti sediakala, aminn, :)
TATA :)
No comments:
Post a Comment