Tadi baru hantar baju pada customer. Bukan orang lain pun, satu blok je, cuma aras je yang berbeza. Dia aras enam, aku aras dua. Suka tengok dia, suka dengan semangat yang ada dalam diri dia. Dia sangat lah sederhana, gigih, siapkan kerja tepat pada masanya. Meskipun aku dan dia tidak lah begitu rapat, hanya rakan sekuliah je, tapi aku selalu memerhatikan dia. Dia sangat rajin, dan aku sangat mengagumi dirinya Tadi aku tanya dia, dah study Finance belum? Dia kata belum lagi sebab tgh study Pengurusan Strategik. Dia kata Finance 4 kredit dan Pengurusan Strategik juga 4 kredit, dan dia sangat risau sebab dua-dua paper hari yang sama. Semoga dia berjaya, aku doa dalam hati. Kerana awak sangat memberi ilham pada diri saya. I wish I could be like her, serious. Kerana diri ini penuh dengan kekurangan tapi saya tetap bersyukur dengan diri sendiri. Kerana saya percaya, setiap insan berbeza dan dianugerahkan kelebihan masing-masing. Ya Allah, andainya bukan rezekiku semasa belajar di U ini, berilah aku kesenangan semasa kerja nanti, aminn . I need to rest, sebab malam ni nak study Finance dengan serious, 1st thing, masa study tak boleh bawak laptop. Salam petang semua, petang ini sangatlah panas dan saya sangat merindui rumah di kampung. Ya Allah, tenangkan lah hatiku ini, permudahkan lah kehidupan aku di sini. Sesungguhnya aku insan yang amat hina, namun dalam hati ini sudah ada sinar darimu, aku ingin berubah kepada kebaikan secara perlahan-lahan. Amin .
Dia sangat berbeza dan memberi aku pengertian yang lebih luas mengenai kehidupan.
No comments:
Post a Comment