Ini serius menakutkan. Tak pernah lah aku jumpa kucing yang segarang kucing ni kat ukm ni. Tapi kat area rumah kat kampung tu berlambak lah kan.
Ceritanya camni, tadi aku g hantar baju customer kat Kajai blok F aras 1, haa kat ceruk bawah tu kan. Gigih sangat. Sunyi sepi cam tak ada penghuni. Maklumlah ada kat beberapa bilik je kan.
Bang! Kebabooommmm!!
Aku terserempak dengan seekor kucing yang buat muka garang depan aku. Nyaris nak terkam aku. Dalam terkejut aku tu, aku sempat lagi berfikir ni kucing ke monyet. Haha. Sebab setahu aku kat ukm tersayang ni, haiwan yang selalu buat muka garang tu hanya lah monyet-monyet yang tercinta je. HAHA .
Fine, tu betul kucing. Aku macam, ehh nape kucing ni cam nak kejar aku kan, rilek lahh. Awak tu kucing, kucing kan haiwan yang jinak, sopan-santun, manja, yang kau nak terkam aku tu kenapa kann?
Aku pun sergah lah kucing tu balik, haa tahu pun lari. Aku hebat lettew, ehehe.
Pastu dah hantar baju kat customer, masa nak balik tu pun, kucing psiko tu terhendap-hendap kat tepi tangga, muka malas aku nak cakap. Garang semacam, tunjuk-tunjuk gigi. Kurang perhatian lettew. Malas aku nak layan, hoho.
Aku agak lahh kan, kucing tu dok kat aras yang paling sunyi, sorang-sorang. mesti lah dia alami kesunyian yang melampau kan. Cian kucing tu, :p
Skg tengah study bilik kawan kat blok F aras 3. Study Finance, jumaat ni exam . Berusaha semampu yang boleh, aku bolehhh!
Hidup kena gembira-gembira selalu, tak gitu? :)
No comments:
Post a Comment