Sunday 15 January 2012

Ohh Jeff .

Jeff? Siapakah, apakah? Ehehe . Stalker lettew. Jeff is my favourite host TV. Full name, Jeff Foxworthy. Jeff mengacarakan rancangan realiti iaitu, Are you Smarter Than A Fifth Grader. Omg, tak boleh miss rancangan tu. 




Ohh, itu JEFF. JEFFF, do you hear me? Jeff..  Sedih jee tak dilayan. HAHA . 




TV show tu, ada banyak series tapi aku paling suka tengok yang siri ini. Siri? Siri itu berbeza mengikut kumpulan pelajar. Cuba lihat, 



Ohh, Jeff umpama bapa penyayang, :P



Bagi sesiapa yang tak tahu atau tak pernah tengok lagi rancangan ni, intro sedikit. Ehehe . Ada seorang peserta pada satu-satu masa dan perlu menjawab sepuluh peringkat soalan berdasarkan kategori yang dipilih. Jika berjaya, akan masuk ke soalan BONUS. 

Tahu tak semua, yang semua soalan tersebut berdasarkan buku teks sekolah rendah dari darjah satu sampai darjah lima. Sepanjang permainan peserta boleh memilih antara lima orang pelajar untuk membantu mereka. Dan sepanjang aku tengok rancangan ni, rata-rata peserta suka pilih Nathan. Kat gambar di atas, budak lelaki hensem tengah duduk tu adalah NATHAN. Sebab? Nathan sangat lah GENIUS, bila pilih dia, senang cerita cerah masa depan untuk maju ke peringkat soalan seterusnya. Ehehe . 





Pendek kan cerita, kalau peserta tu kalah, Jeff kesayangan akan minta dia pandang KAMERA dan kata. "I'm not smarter than a Fifth Grader".

Tengok cam senang je kan, soalan budak sekolah rendah, tapi ramai peguam, pensyarah even doktor akan gagal di tengah jalan.

Apa yang cuba disampaikan di sini? Ilmu itu adalah pembelajaran sepanjang hayat. Kita bukan belajar semata-mata untuk dapat A, lepas tu tutup buku dan lupa semuanya. Belajar dengan hati yang paling dalam, praktikkan dan jadikan panduan dalam hidup. Pasti ilmu itu akan kekal lama di ingatan.




Cubalah buka Channel FOX, dan tonton rancangan ni. 

P/s : Bila tukar alih audio bahasa melayu kat astro, aku cam what the fish kan, FUNNY. Lebih baik guna original audio dan kalau tak faham adjust subtitles. Better :)



Selamat menonton. TAPI, jangan pandang JEFF lama-lama tau :D




No comments:

Post a Comment