Tuesday 7 February 2012

Today .

Apa yang aku buat hari ni?
Tak ada apa-apa sangat. menjaga anak buah sepanjang hari. 
Sampai tak ada masa nak keluar pergi kedai.
Niat di hati nak pergi beli bahan untuk buat puding roti, tapi terpaksa tunda esok.
Hehe. Sebab esok nak keluar pagi-pagi lagi, pergi perpustakaan awam cari bahan rujukan tambahan untuk sempurnakan tugasan DBP. Semangat tu yang kita inginkan hoho :)
Malam ni dapat lah rehat sebab anak buah dah tidur awal. 
Rutin biasa cuti sem ni, aku akan buka YouTube untuk dengar tutorial bagaimana nak improve our English conversation. Sangat penting bila nak buat presentation masa kuliah nanti. Hehe. 
Semangat waja gila. Pehh, gila lahhh, muahaha . 
Btw, tadi baca status kat FB, twitter semua update status tentang cerita cinta tak pun novel cinta. Kalau remaja kecil dalam 13, 14 tahun yang baru nak kenal dunia luar, bagi aku okay lahh kan. Memang naluri ingin tahu tu kuat. hehe . Tapi ini dah 22, even 25 tahun pun masih terpengaruh lagi dengan cerita sebegitu. Rasa tak perlu kot, banyak lagi cerita yang bagus untuk tingkatkan pengetahuan kita. Sebab semua insan berbeza kisah cinta masing-masing. Tak perlu lah kita sampai terpengaruh, sehingga berkhayal, berimaginasi seperti dalam cerita cinta. Bukan apa, takut kita tak bersyukur dengan kehidupan kita sekarang kerana kebanyakan hero dan heroin cerita cinta ni sememangkan digambarkan seorang yang cukup sempurna. 
Think about that, okay? 


Selamat malam :)


5 comments:

  1. hohoho..terasa..
    baru berangan nk fitri jd mcm hero cter vanilla coklat..hahaha
    okeyyy, stop berangan !
    terima hero kita seadanya..hihi

    ReplyDelete
  2. Moga hari yang kamu lalui berjalan dengan lancar :-)

    ReplyDelete
  3. dya,,nty da siap puding roti update kat blog okay,,nk tgk hasil tgn dya..awesome atau tak?hee~

    ReplyDelete
  4. Iskandar : welcome. same goes as you, ehehe :)

    Keeya : Alah, baru baca komen ni. dah makan dah . Tak pe nanti buat lagi nt update ye . hehehe :)

    ReplyDelete