Tuesday 29 January 2013

Dia membuatku merasakan bahawa kehidupan ini penuh dengan keindahan,
Dia menyakinkan aku untuk tidak menyalahkan takdir yang telah tersurat,
Dia menyedarkan aku betapa bertuahnya memiliki nikmat kehidupan ini,
Dia juga memperlihatkan padaku akan erti sebenar kehidupan yang maksudnya terlalu luas dan tersimpan dalam. 

Dia yang menjadi dirinya yang sebenar, tanpa palsu yang menenggelamkan keikhlasan,
Dia bagiku adalah keindahan dunia yang sukar untuk ditafsirkan kebahagiaan hati,
Dia yang telah memimpin dan membawaku menyelusuri setiap sudut keindahan kehidupan ini. Dia yang terindah dalam hidup ini.

Dia yang mengetahui betapa kehidupan itu membunuh rasa hati yang terdalam,
Dia juga sedar akan makna yang aku tafsirkan pada kehidupan ini,
Namun, masih setia berada di sisi, menemani setiap bicara dan langkahku,
Kerana aku tahu dia pasti ada di setiap sudut perjalanan kehidupan hingga mata ini kelam memandang kelip-kelip dunia. 


No comments:

Post a Comment