Tuesday 1 January 2013

Petang ini kurasakan semangat baru

Petang ini sangatlah terik keadaannya, lantas kumanfaatkan kebaikannya dengan menyidai kain yang sudah kubasuh semalam. Puas hatiku memandang sidaianku yang telah tersusun rapi. Seperti biasa, petang ini sama sahaja rentak suasananya dengan petang kelmarin, aku masih di kolej tanpa keluar ke manapun. Kereta ada, namun tiada hala tuju yang pasti, lebih baik aku merehatkan minda dan badan di bilik kolej sahaja, menelaah pelajaran untuk peperiksaan yang akan menjelang tiba tidak lama lagi. Mungkin esok aku akan "melawat" keretaku itu, ahh kereta bagiku hanyalah sebagai keperluan sahaja, bukan simbol kebanggaan, atas niat itu aku hanya memiliki kereta kecil, dan warna yang paling gelap, agar tiada rasa riak yang bangkit dalam jiwaku ini, dan juga dapat menghindarkan perhatian ramai, bagiku tidak perlu warna yang terang untuk kereta, hapuskan warna "Merah jambu" terutamanya pada kereta, yang hanya menarik perhatian, "manusia-manusia" yang hanya menunggu peluang di jalanan. Mungkin lebih baik aku bersiap ke kafe sahaja, dan terus membuka buku sesudahnya. 

No comments:

Post a Comment