Tuesday 26 August 2014

Bismillahirrahmanirrahim.

Bismillahirrahmanirrahim.


Wahai Allah, Tuhanku, ampunkan dosa-dosaku. Ya Allah, wahai Tuhanku, ampunkan dosa-dosa suamiku, ibu dan ayahku, andai kata dalam kehidupan mereka, mereka pernah meninggalkan solat, kau ampunkanlah dosa-dosa mereka. Ya Allah, ampunkan dosa suamiku, ibu dan ayahku, andai mereka pernah meninggalkan puasa. Wahai Allah Tuhanku, aku pernah mendengar bahawa ada mak ayah yang ditakdirkan masuk neraka, namun disebabkan oleh anak-anak soleh yang mendoakan mereka, mereka diselamatkan dan masuk ke dalam syurga. Diri ini bukanlah anak yang solehah, namun aku ingin sekali mak dan ayahku masuk syurga :(

Kehidupan hidupku berlalu hari demi hari. Setiap nikmat dan kehidupan yang engkau berikan, curahkan tidak henti-henti ke atas diriku ini. Namun wahai Allah, betapa zalim dan berdosanya diriku yang telah jauh dari perintah-Mu, ampunkan diriku :'(
Ya Allah, yang maha mendengar doaku ini, berilah hatiku untuk selalu bersyukur kepada nikmat-nikmat yang dikau telah berikan kepada dirinku. 
Aku bertaubat ke atas dosa-dosaku :( 






No comments:

Post a Comment