Tuesday 26 August 2014

Kehidupan.

                                           

Kehidupan. Masa berlalu terlalu pantas. Aku kini menuju ke suatu lagi fasa kehidupan. Bergelar seorang ibu. Kadang-kala kujenguk seketika kepada kehidupan lalu, kehidupanku di kampung, kehidupanku semasa di UKM, ahh terasa hidup ini begitu indah. Keindahan yang sukar untuk dijelaskan, namun begitu terkesan di hati. Kira-kira sebulan sahaja lagi, aku dijangka untuk bersalin. Gemuruh di hati, hanya Ilahi yang tahu :') Terlalu banyak yang berlaku, perasaanku sepanjang kehamilanku ini. Kegembiraan, keterujaan, rasa gemuruh, dan kadang kala aku rasa sedih bila terfikir cukup sempurnakah aku untuk bergelar seorang ibu? :(
Biarlah kusimpan erat di hati dan anakku tahu akan semua perasaan ini. 

Aku tahu kehidupan ini terlalu singkat untuk aku kecapi semuanya, namun kubersyukur dengan segala rahmat ini. Minggu ni minggu terakhirku bekerja sebelum bercuti panjang selama 3 bulan. Kemudian aku terus balik ke kampung. Allahuakbar, hatiku rasa penuh terisi dengan kegembiraan bila ku tahu ibu akan setia menemaniku sepanjang aku menempuh saat-saat yang gemuruh itu nanti. Aku akan manfaatkan masa-masaku nanti dengan mendekatkan diri kepada Ilahi, ingin sekali ku pohon taubatan nasuha :( Ajal dan maut rahsia Ilahi, aku pohon yang baik-baik untuk diriku, bayi dalam kandunganku ini, agar dapat membahagiakan suamiku dan keluarga, Amin :')





No comments:

Post a Comment